
💡 Soalan Lazim
Sistem Maklumat Lembaga Peperiksaan
Sijil Menengah Ugama
1. Dimanakah saya boleh mendapatkan login sistem SMLPSMU?
Pegawai di Unit Peperiksaan, Bahagian Pendidikan JHEAINS yang bertanggungjawab mendaftarkan pengguna sistem.
2. Siapakah yang boleh menggunakan sistem ini?
Hanya pengguna yang didaftarkan sahaja boleh menggunakan sistem ini iaitu yang terdiri daripada guru-guru agama dan pegawai di unit Peperiksaan, Bahagian Pendidikan JHEAINS.
3. Apakah fungsi sistem SMLPSMU?
- Mendaftarkan calon peperiksaan Sijil Menengah Ugama.
- Memudahkan proses penghasilan dan pengagihan angka giliran calon peperiksaan.
- Memudahkan dan memendekkan masa proses pemarkahan dan pengiraan markah.
- Laporan dan statistik dapat dihasilkan dengan cepat, mudah dan betul.
- Memudahkan dan mempercepatkan proses penghasilan dan pencetakan sijil.
- Memudahkan proses pindah pusat peperiksaan, semakan semula keputusan SMU dan permohonan salinan sijil hilang.
4. Bilakah sistem ini dibuka untuk pendaftaran calon peperiksaan SMLPSMU?
Pegawai di Unit Peperiksaan akan memaklumkan semua sekolah untuk mendaftarkan calon peperiksaan pada tarikh tertentu. Selain dari tarikh yang dinyatakan, sistem akan ditutup untuk pendaftaran / pengemaskinian calon dan hanya boleh melihat maklumat calon yang telah didaftarkan.
5. Siapakah pegawai yang boleh dihubungi di Unit Peperiksaan, Bahagian Pendidikan JHEAINS berkenaan dengan sistem SMLPSMU?
Ustaz Shayrul Izam Abd Ramin (ShayrulIzam.AbdRamin@sabah.gov.my)
6. Siapakah Administrator JPKN sistem SMLPSMU?
Hanidah Binti Abin (Hanidah.Abin@sabah.gov.my)
© 2022 Hakcipta Terpelihara
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri